Sunday, December 11, 2011

61 hari lagi......

Assalamualaikum wbt.

Tengah menghitung hari sekarang nih cik Aqma ye. Sabar jek la. Kalau bertanya pasal preparation pasti saya akan jawab biasa-biasa saje. Sebab pe? Sebab projek (kerja) yang tengah running dan kena capai target untuk hujung tahun ni.

Dengan tidur tak cukup. Makan entah ke mana. Diri yang terurus. Aduhai. Jangan nanti atas pelamin bermata panda sudah lah. Walaupun en tunang cakap comel pe mata panda. Kalau kat panda memang la comel. Tapi kalau kat saya kan tak comel.

Mula-mula memang rasa nak hired wedding planner je tapi saya ni cerewet tahap gila-gila la. Tak sanggup kot nak tengok orang lain prepare untuk majlis saya. Saya nak saya puas hati dengan majlis saya sendiri.


Lagi 61 hari. Sekejap jek 61 hari tuh. Huhuhu. Cuak.......



Nota cinta:: Tak sabar nak solat berjemaah dengan suami.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 31, 2011

100 hari lagi~

Assalamualaikum wbt.




Wah, saya sekarang duk menghitung hari aje. Tapi dalam kepala serabut tak nampak. huh.


100 hari lagi tuh. huh. En. Tunang dah sibuk tanya bila nak pilih kad jemputan dan mak andam. Fuhh. Bila dengar jek dia sibuk-sibuk pasal wedding nih rasa macam lega aje. Sebab sebelum nih dia wat donnow jek. Geram jugak. Masih waras lagi rupanya. hehehe.

Sekarang nih duk sibuk nak siapkan semua D.I.Y yang tertangguh. Kasi angkut semua barang balik rumah sewa. Start bulan 12 da kena balik tiap-tiap minggu untuk siapkan benda yang tertangguh tu. Fuhhh.



Nota Cinta:: Pejam celik, pejam celik sekejap jek kan?? hehe

Monday, October 24, 2011

Bakal Mak Mertua nak datang!

Assalamualaikum wbt.

Berita hebat di Asia!! Bakal Mak Mertua nak datang hujung minggu ni. Sebab apa?? Sebab nak hantar duit belanja & confirm kan tarikh. Huhuhu. Cuak!

Nak kena sediakan makanan ke? Ke buat air aje? Dasar pemalas betul bakal menantu mak nih. Bukan malas ler. Tapi cuma tak cukup masa saje. Alasan!!

Kalau ibu suruh masak kena lar masak. Kalau tak buat air + biskut bodo-bodo aje. Ado ko gitu.


Nota cinta:: Takut sebab tak lama lagi nak kahwin da.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 20, 2011

Lama menyepi.

Assalamualaikum wbt.

Lama betul saya tak update blog nih. Bersawang usah cerita. Almaklumlah orabg dah bekerja kan. Lepas tu dok kalut dengan preparation kahwin lagi. Uuh. Letih den.

Alhamdulillah. Dah 50% persiapab kahwin. Walaupun majlis dalam 3 bulan aje. Hope masa tak berlari dengan laju sebab tak terkejar den non. Hujung minggu nih pindah rumah company. So, ada la peluang nak angkut barang hantaran dan buat sikit-sikit lama-lama jadi bukit.



Busy sungguh orang yang bekerja ni kan. Nanti dah kahwin lagi ler busy.



Nota cinta:: belajar update blog pakai phone. Huhu
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 10, 2011

Wednesday, August 3, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!!

Assalamualaikum wbt semua.

Apa khabar orang-orang kampung, orang-orang bandar dan orang-orangan. Sedar tak sedar kita dah masuk bulan Ogos. Dan bulan Ramadhan dalam kalender islam. Cepat benar rasanya masa berlalu.


Pape pun diharap ramadhan kali ini akan memberikan kita seribu satu makna dalam hidup. Hayatilah ramadhan ini. Siapa tahu ini ramadhan terakhir buat kita bukan? 


Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah!!

Nota Cinta:: Menghayati ramadhan tahun terakhir sebagai seorang bujang. :)

Saturday, July 16, 2011

My Mekhael, anak teruna yang suka mengurut Ibu!

Assalamualaikum wbt. 

Haip, haip. Kita lari topik dari alam pernikahan dan perkahwinan jap k. Nak cerita pasal anak teruna aku yang sorang nih. Dak demux. Tapi sekarang dah kurus sikit sebab dia demam hari tuh. Siap bersin-bersin bagai ko tahu. Plus dengan sesak nafas lagi. Punya lar mummy dia risau nak mati pasal dia. Yelah, kesayangan i tu tau. Kalo dia sakit, asyik duk umah dan tidur aje. Dah tuh tidur dekat atas katil siap nak pasang kipas. Bukan main demand lagi ko tau. Haish.

Erk, sebelum tuh bagi korang yang tak tahu mekhael tuh kucing kesayangan pemberian en tunang okey. Sebab tuh sayang. Dah tak sayang en tunang macam sayang kucing tuh, hahaha. Gurau jek. Mahu kena bedal nanti.

Ni ha nak tunjuk korang mekhael urut Ibu. Sangat jeles bila dia suka urut Mak Tok (Ibu) dari Mummy dia. Menci Taw!

video
see, mane tak suka urut badan Mak Tok.
badan Mak Tok kan berlemak.
Cube tengok badan mummy ko. 
Tulang ajo. Ko ade?

Pernah la sekali dia urut aku. Tapi memang syok siot dia urut. Dah ler dia berat kan. Berasa beb. Senang cte tak payah susah-susah keluar duit nak buat urutan thai, Mekhael kan ada. Tapi bila datang mood rajin dia jek la. Time malas tak da maknanya. Haip!


Nota Cinta:: Aku sayang kamu Mekhael. psssst: biar daddy jeles. ahaks. 



Wednesday, July 13, 2011

Baju nikah dah beli!!





Assalamualaikum wbt.

Nak buat pengumuman. hahaha. Baju nikah untuk bride dah beli. huhu. Groom punye lepas raya baru beli. Eh, eh. Sukati lar nak beli lain-lain hari. Ade aku kesah. hehe. 

Ini bukan perancangan sebenarnya. Baju nikah perempuan tuh kebetulan time tuh ade sale. Dah tuh macam sedap aje mata memandang tapi kena alter sikit lar memandang badan tuan punya blog nih susah nak crik baju yang fit kat badan dia. So, bab tuh tak bape kesah sebab ade kakak-kakak yang boleh merepair. Yang paling aku kesah bila harga dia, Mak ai. Murah gilosss. hahha


Dah beli baju of coz ler sekarang duk fikir nak matching2 kan tudung yang macam mana agak nyer. Psssst, aku nak nikah theme ala arab. Ala yang duk tutup-tutup mulut tuh. Eh, ade aku kesah pe orang kampung nak kata. haha. Aku sekarang tengah D.I.Y veil dan alter bunga pahar. ha ko, jimat punya pasal lar nih. hikhik. 


Gubahan hantaran aku dah tak payah fikir lagi dah. Sebab ade orang nak sponsor. Yabedabeduu. Cuma aku kan cerewet tahap cipan. Semestinya aku akan alter sket-sket ikut taste aku. Sori yok.


Nota Cinta:: Kahwen, nikah. Pening beb fikir sampai tak boleh nak tidur. haish. 

Friday, June 24, 2011

Ampun Buk!!!!

Assamualaikum wbt readers !


Entah-entah readers aku dah larik sebab dah berbulan aku tak hupdate blog ! AMPUN BUK. Ampun ya!

Untuk pengetahuan korang, aku dah berhenti kerja. Kerja aku sekarang adalah makan tidur sahaja. hehhe. Sekarang aku bebas dari bebelan bos, bebas dari paksaan yang suh aku siapkan keje yang impossible leh siap. hahaha. Tapi cuma poket aje kureng lar sebab kena mintak sedekah baru dapat. huhuh.

Aku tengah sibuk dengan projek kuih raya aku sekarang nih. Korang nak tempah. Meh ler. Amat di alu-alukan. Nanti kalau aku sempat aku upload kuih nyer pe yer. Ha ambek ko. berterabur ayat aku sejak tak berblogging nih. Bersepai. hikhik.

Pape pun aku still sayang kat blog nih. Wat pe aku buat kalau aku tak nak hupdate. Cuma masa aku tak berapa mengizinkan sekarang. Bussinesswomen ler kata kan. Ahakz.


Nota Cinta:: pssssst, persiapan perkahwinan dalam proses. Senyum lebar-lebar. :)

Friday, April 29, 2011

Barang Tunang! (Part 4)

Assalamualaikum WBT.

Cerita pasal pertunangan lagi? Masih tak lapuk okey. Nak cerita jugak. :p Kali nih nak cerita pasal barang tunang aku untuk encik Tunang. Kami dah sepakat nak buat 9 balas 11. Tak lebih tak kurang. Aku sangat-sangat strict hal nih. Tak tahu lar kenapa. Mungkin sebab aku tak nak hantaran tuh nampak janggal kot.


1:: Belt & Wallet
-Beli time Parkson sale dekat KL, time tuh sale raya cina tak silap.
-Murah gila-gila harga dia. Harga?? Rahsia!


2:: Samping
-Ini samping bukan setanjak ye. Aku request dekat angah aku buat dia jadik setanjak.
-Nih pandangan belakang. 


3:: Jam Tangan
-Actualli jam nih aku dah beli untuk hadiah hari jadi dia, pastuh kalo beli sepasang lagi murah. So, timbullah idea untuk di jadikan barang hantaran.



4:: Baju Satin dah siap jahit.
-Baju nih dibeli sama-sama dengan baju yang aku pakai masa E-day aku.
-Sebab time tuh Jakel tengah buat offer, so aku grab jek la.


5:: Puding @Jelly
-Nih pemberian bestie aku.
-Dia nak selit 1 dulang hantaran coz time dia tunang aku ada bagi cupcake.

6:: Coklat!
(I love Chocolate!)
-Coklat nih gigih beli kat semua pasaraya. hahaha
-Nak cari coklat yang panjang tuh sampul dengan emas tak jumpa langsung. hampeh


7:: Pisang fake!
-Actually bukan ini yg planning, planning nk bgi telur rebus but ade sumone datang n gtau tak elok bagi telur time tunang. still sampai sekarang tak tahu kenapa. Y????
-Buat pengetahuan semua ini adalah Jelly mangga yang saya gubah untuk jadi macam pisang setandan.


8:: Cake last minit.
-Masa nih memang nak bagi kek, tapi di sebab kek lapis sarawak yang di tempah tuh macam tak sesuai untuk letak kat dalam sangkar buatan nih. Tetibe my aunt depan rumah bagi kek nih, so ibu terus cakap pakai kek nih jek lah dik sebab macam sesuai. Lagipun my aunt bagi 3 bijik kek nih. Yang lain-lain untuk tetamu lar.


9:: Cupcake buatan sendiri.
-aku suka buat cupcake. Sesape nak tempah boleh emel saya yer. pu3_ma@yahoo.com (area Muar, Johor sahaja)


10:: Fruity
-Yang nih my sis sponsor. Bakul dia comel jek.
-Ada gak Mak (bakal MIL) tanya nak balik tak bakul tuh kalo nak amik lar. kalo ikutkan hati memang nak balik tapi malu beb!

11:: Sirih Junjung
-Actually sirih junjung nih baru lepas jatuh. Nih OP lar nih punya keje. Patuh salah kan aku sebab dia rasa macam sirih junjung aku berat sebelah. haish.
-Nih aku yang buat. Aku tibai buat sebab dah ketandusan idea. seyes! Tak cantik! nyesal~




Inilah dia cerita barang-barang aku untuk buah hati pengulam jantung aku. 
Secara purata pencarian barang-barang nih semua makan masa setahun. Iye! Setahun.
Sebelum kami betul-betul ada tarikh untuk bertunang. 
Lagipun sekarang nih pun sibuk buat preparation untuk perkahwinan.
Sape-sape yang korang rasa 8 bulan itu lama lagi tapi tidak bagi aku.
Aku rasa macam 8 bulan tuh pejam celik pejam celik jek dah sampai tarikh dia. 


Nota Cinta:: Mahu buat yang terbaik untuk BIgGest Day!!


jelingan manja!








Wednesday, April 27, 2011

Rabu Yang Blues & Romantik!

Assalamualaikum WBT.


Wednesday is blues day for TODAY and ME!!!

6.20 a.m. - Teet, teet, teet (bunyi mesej kat tipon). Lemah longlai sambil bagai nak menyumpah seranah (sebenarnya dah tahu sape anto mesej sebab fon sony kan leh tetapkan ringtone mesej untuk orang tertentu). 
Mesej dari encik Tunang.....

Mesej cinta di pagi buta. Aiyark. (Tak leh ler gtau pe yang di tulis, nanti maunyer ada orang termuntah plak.)

Seminit kemudian, teet,teet,teet, mesej cintan cintun lagi. Hanya baca sekali then pap tutup hanpon sambung tido.

Selang seminit kemudian, teet,teet,teet, mesej cintan lagi. Aiyoo, ini encik Tunang ajak layan jiwang dia pepagi buta pulak. Demam ke ape? hahaha.

Selang seminit lagi, teet,teet,teet, of coz mesej cintun lagi tapi aku biarkan tanpa membukanya.

Selang seminit lagi, teet,teet,teet, aduyai, udah-udah ler. Aku gagahkan jugak nak membaca mesej. Mesej terakhir adalah pesanan untuk suruh kejut pada pukul 11 pagi. Aiyark, ini lah jadinya bila orang keje malam balik subuh-subuh. Hey sayang, bercintan cintun tak kena masa lar you nih. 

Memang mesej dia satu pun tak di balas. Boleh plak tuh anto mesej cintan sampai 4 kali. Dah ler penuh 1 page. Pepagi nih masuk keje baru baca balik per mesej yang encik Tunang bagi. Hohoho. Senyum-senyum beb. lalalala~



Dah kejut encik Tunang bangun pukul 11.00 pagi sebanyak 3 4 kali call. Dia nih jenis liat sangat nak bangun. hahaha. Kata orang tapi aku pun sama. Dia cakap yelah dia bangun mandi then nak siap-siap pergi keje. 

Lepas tuh aku dapat mesej jiwang lagi. Adeh. Memang blues and romantic wednesday lar hari nih. TERBAEK!!!


Nota Cinta:: Selalu bercintan cintun geli geleman gak. Tapi kalau sekali sekala macam nih baru okey. Tapi biar ler kena pada masa dan tempatnya yerk. 

Tuesday, April 26, 2011

First D.I.Y yang akan bakal pengantin ini buat!

Assalamualaikum wbt.


DIY- Do It Yourself  ATAU dalam bahasa melayu nya adalah "Buatlah Sendiri!". Erk, macam kasar jek bunyi nyer. huuhhu.


Actually kurang semangat sikit nak start buat D.I.Y untuk perkahwinan sendiri nih. Entah lar tak tahu ngapain. Mungkin sebab rasa macam lama lagi kot.

Then tadi jenjalan kaki dekat blog-blog b2b ternampak lar DIY yang macam seronok gitu untuk dibuat. DIY bunga POPPY. Seyes terus tertarik dan rasa macam balik keje nih terus nak carik material dia. hehehe. May be bukan balik kerja nih kot. Tunggu My Mum datang sini then baru keluar untuk cari peralatan. Sekarang tengah fikir bunga poppy tuh nak buat ape. Tapi rasa-rasa macam dah ada idea nak letak untuk apa.


Cantik kan bunga macam nih.
Simple aje.
Erk, rasa macam boleh buat bisnes nih.
Adeh, otak bisnes betullah ini budak. 

Rasa nak buat bunga poppy nih kaler black n white, black n grey, dan white n grey!


Nak tahu kat mana?
Sila terjah kat sini 

Terima kasih Rilla coz bagi a such wonderful DIY idea.


Nota Cinta:: Semangat nak buat bunga nih. Oyeah!!!

Monday, April 25, 2011

Buat adik Safiya ku sayang~

Assalamualaikum wbt.


Entri ini khas untuk insan yang bernama Safiya yang bakal menamatkan zaman bujangnya dalam 5 hari lagi. Wow. Nervous. Aku pulak yang nervous. Bakal pengantin nih relax jek. Aku suka cara dia. Actually dia muda lagi dari aku tapi sangat bertuah bila dapat kahwin dulu dari aku. huhuhu.


Safiya nih sorang yang perangai gila-gila, sempoi dan paling penting dia tak peduli apa orang cakap. Wah, tabik aku kat dia. Yelah, kalo macam aku nih, orang cakap sikit jek aku dah fikir ke laut. Ish, ish, ish,


Safiya bakal melangsungkan perkahwinannya pada 30 April 2011 nih. Sori dik tak dapat pergi, sob, sob, sob. Seyes, superb tengok persiapan adik safiya nih. Walau simple jek tapi macam meriah. Aku pun tengah nak try buat apa yang dia buat. Yang penting bersederhana.


Nih kakak mu nak bagi nasihat sikit. Ehem-ehem. Nasihat dari orang tua-tua. Erk, i belum tua okey. Cuma sampaikan apa yang orang tua selalu cakap jek. :P

1. Adik Safiya, ingat lah tanggungjawab sebagai seorang isteri, dulu bujang aka seorang, tapi nanti akan hadir seorang lelaki bernama suami dalam hidup adik. So, banyak sangat perubahan yang akan berlaku. Dulu tidur sorang, sekarang berteman. Dulu basuh baju sendiri, sekarang kena basuh baju suami. Dulu masak cincai untuk diri sendiri, sekarang kena masak untuk suami. Dulu nak kemana tak payah tanya sesapa, sekarang nak keluar sidai baju pun kena tanya suami. Dulu tak ada priority, sekarang priority adalah suami. :)

2. Hope adik Safiya akan mendengar cakap Adli (bakal suami Safiya). If boleh jangan melawan kerana sekarang syurga adik di bawah telapak kaki suami. **sigh**

3. Hope adik dapat membahagikan masa dengan suami juga pelajaran adik.

4. Jangan pernah peduli dengan kata-kata luar yang nak manjatuhkan rumahtangga adik. Berdiam sahaja sudah cukup untuk menyelamatkan rumahtangga adik Safiya.

5. Jaga makan, minum dan pakaian nya kerana itulah tanggungjawab seorang isteri.

6. Jaga nama baik suami, maruah suami, harta suami, hal-hal rumahtangga tak perlu diceritakan kepada orang lain, dan yang paling penting rahsia-rahsia antara suami isteri dipegang erat.

7. Jangan pernah berubah hati untuk suami. Kerana pada akak suami nih tulang belakang kita. Sesungguhnya sesuatu hubungan yang sangat seronok apabila pasangan telah di ijabkabulkan. Amin.

8. Jaga pergaulan dan pakaian adik. Kerana setiap dosa itu akan jatuh pada suami. Jadi sebagai isteri janganlah membebankan suami.


Setakat nih itu saja pesan akak. (sambil ambil tisu lap airmata gembira + sedih). Akak minta maaf kalau segala nasihat ini macam melampau. :)

Jaga diri bebaik ye sayang. Hope one day akak dapat jumpe adik. Teringin sangat nak jumpa kamu!! sobsobsob.

owh, sori, dah tak leh nak taip lagi dah.

Nota Cinta:: Rasulullah bersabda "Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada"


kamu sangat comel!
Sori dik akak amik pic kamu.
:(

Wednesday, April 20, 2011

Semoga Dipermudahkan~

Assalamualaikum wbt.







Saya tak tahu. Saya celaru. Tolong-tolong. Kursus kahwin tak tahu bayang nye nak pergi bila. Ada jugak en Tunang ajak. Tapi macam tak sure. Haish. Kenapa dengan aku nih. En Tunang dah bagi green light ajak kahwin tuh tapi masih dalam keraguan lagi. 


Aku nak buat preparation tapi tak tahu nak start dari mana. Serius, tak tahu start dari mana. Macam serabut jek kat kepala otak nih. Salah satu sebab adalah En. Tunang tak mahu tetap tarikh lagi. Tapi dia dah beria-ia ajak gi kursus kahwin. Tahu! Tak sememangnya kalo dia ajak gi kursus  kahwin nak kahwin cepat. Tapi korang tahu-tahu jeklah orang pompuan nih. Mestilah nak kan kesempurnaan.


Aku tak mahu lagi 2 bulan nak kahwin baru dia nak tetap tarikh. Itu memang nak kene sekeh lar dengan aku. Aku dah cakap kat dia. paling tak pun bagi aku 6 bulan. 6 bulan okeh. Ingat senang ke nak kahwin nih. Preparation perkahwinan satu hal. Lagi satu preparation tuan punya badan nih. hukhuk. Eh, of cos kena prepare. Untuk suami tercinta tuh. 


Dah tuh en. Tunang mcam tak mahu prepare ape-ape pulak. Tapi mak dia kat kampung duk sibuk prepare untuk dia. Duk sibuk jugak tanya tarikh. Dia duk diam and relax jek. Tapi yang buat aku lagi tak faham bila duk sibuk bisik dekat telinga aku yang dia nak kahwin cepat-cepat dengan aku. Weh, aku nak tarikh lorh.

Aku dah bincang dengan en Tunang. Ekceli bukan bincang tapi aku cakap aku nak tarikh sekian-sekian. Dia balas apa, hmmm. Tapi bila orang tany duk plak cakap may be sekian-sekian. Memang bikin aku geram dan nak gigit jek.


Nota Cinta:: Mood kerja tak de sebab dah berbulan-bulan tak confirm-confirm lagi. Haish!

Friday, April 15, 2011

Who will be my OP??

Assalamualaikum wbt.


Walaupun tarikh tak ada lagi tapi perancangan tetap ade dalam kepala hotak nih. Orang perempuan semestinya nakkan kesempurnaan dalam apa yang di lakukan. Nak-nak kalau perempuan itu adalah saya! Okey, saya memang cerewet.

En Tunang pernah cakap dekat saya. "Ala kalau tak tetap tarikh awal, sebulan dua still boleh buat preparation lagi kan." Saat dia ajukan soalan saya diam sambil menjeling. Haish, dah 10 tahun bercinta takkan tak faham dengan bakal wife dia nih lagi. Adeh. Tak tahu nak cakap macma mana dah.

Alangkan preparation tunang hari tuh makan masa 6 bulan jugak lah. Jap-jap bagi saya kira. Ha, lebih 6 bulan. hehehe. Kan dah cakap betapa cerewet nye anak dara sorang nih. Ibu saya pun dah tahu macam mana cerewetnya saya. Nasib en Tunang lar yer nak melayan kerenah last minit saya nanti. Tulah sape suruh tak mahu prepare awal-awal.


Bakal mak andam saya dah decide. Tinggal nak bagitahu jek bila dah ada tarikh nanti. Tapi bakal official photographer memang tak de langsung dalam kepala hotak saya. Nih saya nak serahkan dekat en Tunang. Pilih lah sendiri supaya dia puas hati. Ikutkan hati mahu sahaja amek Apek cina yang amek gambar time akak saya kahwin dulu. Murah dan cantik. Tapi saya pernah terdengar yang time nikah tak boleh ada non-muslim sebab malaikat payah nak datang nanti. Sejauh mana kesahihannya saya tak tahu. So, kalau u all ada info pasal nih roger-roger la yerk.




Nota Cinta:: Kadang-kadang makan hati berulam jantung dengan perangai dia. Nasib baik bakal suami. Tak pe kau, lepas nikah nanti aku gigit-gigit kau. ops! lalalala~

Thursday, April 14, 2011

Tarikh Nikah Tak Decide Tapi Tempat HONEYMOON Dah Decide!! Walawei.

Assalamualaikum wbt.


Sangat teruja kami bila dah decide HoneyMOON nak pergi mana. hehehe. Patut nye teruja bila tarikh nikah dah tetap kan. Nih tak. Tempat honeymoon dah tetap tapi tarikh nikahnya entah bila.


Dengan itu rasminya tempat honeymoon kami bukan berdua tapi berenam yang pertama adalah LANGKAWI.


Okey-okey. Kenapa berenam? Mesti u all pelik kan. Saya dan bakal suami + Ibu dengan Abah +  Mak dengan Abah.

Kami dah sepakat nak bawak bonda dan ayahanda masing-masing untuk pergi honeymoon. Setiap pasangan akan ambil satu bilik dan aktiviti masing-masing. For sure, kedua-dua besan nih akan sepakat nak ke mana. Kami? of course la memerap jek dalam bilik. haha. Gila hape honeymoon nak memerap jek dalam bilik. Mampuih jadik jeruk nanti dalam bilik tuh.


Kami ada agenda kami sendiri lah. Maybe tempoh kami bercuti dalam seminggu. So, adalah yang dalam sehari dua kami akan spend bersama-sama pasangan romantik yang lain tuh.


Itu perancangan kami lah. Tak tahu lah nanti kalau last minit dorang tak jadik pergi or pape ke kan. Kan kita merancang segalanya ditentukan Allah. Hope perancangan nih akan berjalan lancar lar.


Murni benar hasrat kami nak tunaikan impian kedua-dua IbuBapa kami. Actually bukan kami rancang nak ke Langkawi. Tapi disebabkan usulan pihak nih, kami jadikan nih first honeymoon kami. Second honeymoon kami of course lar berdua. Tapi tak tahulah kalau masa tuh dah bertukar jadik bertiga. Alhamdulillah.


Nota Cinta:: Tentu seronok kan honeymoon sama-sama dengan romantik couple yang dah lama berkahwin nih. Boleh lah share-share pengalaman dorang kan. hekhek.

Saturday, April 9, 2011

Saya Cayang En. Tunang!

Assalamualaikum wbt.


Sape sayang tunang sendiri sila balas komen kat bawah nih. Kalau korang baca tapi korang tak tinggal komen maknanye korang masih blur-blur dengan tunang korang. Hahahaha kEJAm!



Meh ramai-ramai kat sini cakap saya sayang sama tunang saya!!!! Dengan jiwa, hati yang perasaan yang berbunga-bunga. Jiwang!!






SAYA
SAYANG
SANGAT
SANGAT
SANGAT
TUNANG
SAYA!!!




Nota Cinta:: mood terbaik!

Thursday, April 7, 2011

Edisi Tunang Lagi (Part 3)

Assalamualaikum wbt.

Awok-awok semua pe kabo? Mike dah sarapan? Sarapan per? Haish. Inilah akibat penangan Usop Wilcha.

Okey lah. kali nih aku semangat nak sambung part 3. Owh, seyesly aku masih terasa lagi bahang-bahang masa hari pertunangan aku tuh. Walau dah sebulan lebih. Tapi masih ade lagi kat ingatan aku nih. Hari yang memang tak boleh lupa lar.

Aku sambung dari gambar-gambar yang ada kat part 2. Nak tahu pe yang ada kat part 2 KLIK SINI.


Time nih nenek dia konfius nak masuk cinsin kat jari mana.
Kiri ke kanan?
Sebab nenek dia sarung cincin merisik so masuk jari kiri lar.


Fokus dekat sikit.
You all perasan tak?
Jari aku basah.
Well, aku memang jenis wethand. 
Nak buek guano.


Dah dapat cincin of course lar kena salam. 
Enjoice.
Senyum sikit. 


Tak cukup 1.
Nak satu lagi. 
hehehe.


Yeay. 
Dapat lagi 1.
hihihi.


Encik Tunang, sila teka apa your mum cakap.
Biarlah rahsia.


Ku buat muka ketat.
Padahal muka lega macam baru lepas berak sembelit. 


Yeay.
Dapat dua cincin.
Show off sikit.
Sikit jek.
:P

Nih aku kasi close up sikit gambar kedua-dua cincin aku.
Kasi korang puas hati.
Ada sesape rasa cincin dia mirip-mirip macam aku sila tinggalkan komen yek. 


psst~ doa ape tuh Encik tunang?
Doa cepat-cepat kahwin yek?
hikhikhik.


Nih bakal anak sedara aku.
Comel gila beb.
Geram aku tengok.
Nasib baik dia cool jek time aku amek dari Uda (bakal abang ipar aku).
Pastuh apa lagi, snap-snap pic lar dengan dia.
Request dengan Encik tunang mahu baby comel cenggini.

My Fiance yang mintak permission untuk berangkat pulang.
I love U ketat-ketat!!!


Mak Ndak, Zahirin nak balik.
Comel sangat la ini budak. 
Geram!


Encik Tunang mahu balik sudah. 
Tapi petang nanti dia akan datang balik untuk capture outdoor.
Bye-bye Encik Tunang.


Nota Cinta:: Sedang bahagia untuk meniti ke alam perkahwinan plak.Nantikan part 4 untuk senarai barang hantaran kite orang. Thanks all.

Tuesday, April 5, 2011

Putih Itu Suci

Assalamualaikum wbt.


Yeay! Saya dan Encik Tunang dah decide nak pakai kaler apa dan beli atau sewa baju nikah kami.
Kami (actuali Encik Tunang yang nak sangat) dah sepakat nak pakai baju nikah kaler putih.
Dan bukan baju sewa tapi BELI!! **Encik Tunang yang beli
Ikuti drama sebabak di bawah ini.


"Bie, nikah nanti nak pakai kaler per? Nak beli ke pakai baju Mak Andam jek?" Aku bertanya di dalam kereta on d way untuk dinner.
"Pakai kaler putih lar. Nak pakai pink??" Encik Tunang bagi jawapan lantas menyoalku kembali.
"Eleh, Bie yang tak mahu pakai pink kan. Kalau tak leh aje. Nak beli atau pakai baju Mak Andam?" Dia tak menjawab soalan kedua aku tadi, lantas aku soal lagi.
"Beli lar. Nanti kita pergi beli okey."

Terus aku senyap dan hati berbunga. 
Betul jugak kan, nikah hanya sekali. 
So, decide kaler putih.
Tapi aku nak kaler putih bead kaler grey boleh tak?
Agak-agak Encik Tunang kasi tak?
Nak jugak.
Nak jugak.


Ehem-ehem. Pe lagi, goda dia lagi lar nanti.
Design baju nikah dah banyak dalam tangan cuma tak pilih aje lagi.
Itupun kena tunjuk Encik Tunang dulu.
Ane lar tahu dia tak berkenan nanti.


Nota Cinta:: Tunggu nak beli baju nikah. hehehe. Tunggu Encik Tunang cakap "Jom kita nikah!" erk, silap. "Jom beli baju nikah."

Friday, April 1, 2011

Rekaan Bakal Bilik Pengantin aku!

Assalamualaikum wbt.



Mood aku tengah gatal nak kawen. (T____T)
So, aku pergi tengok bridal-bridal yang kat dalam internet.
Then aku jumpa gambar kat bawah tuh.
Aku ingat bilik pengantin aku nak buat macam tuh.
Oleh sebab Ibu aku tak bagi aku beli katil yang ada 4 tiang tuh, so aku ingat nak buat katil aku macam kat bawah nih.
Aku nak buat sendiri.
Sangat tekad!
Beli kain yang cantik-cantik.
Then suruh Abah aku cari kayu untuk buat rangka dia.
Pasti daBooM la.



Pastuh tangkap gambar macam nih. 
Sweet gitu.

Hohohoho.
Gatai nyer!!!


Nota Cinta :: Mood nak kawen sila lari jauh-jauh. Nanti buat keje semua tak jadi. :)

Thursday, March 31, 2011

Tunang, tunang, tunang. (Part 2)

Assalamualaikum wbt korang.

Cam ner korang hari nih? Sehat? hehehe
Aku malas nak membebel lar hari nih.
Nak bagi korang tengok gambar jek.
Leh kan???
Yeay!! Gambar dari photographer rasmi dah dapat.
Cuma aku malas gila kot nak edit-edit nih.
Kalo ada pun yang aku rasa cantik aku edit.
hehehe




Photog suh wat muka mengharap.
Ada muka mengharap ker nih?
Muka nervous adalah. 


Pelamin Do It Myself dan atas bantuan my 2nd sista.
Sila angkat keyboard kalo korang rasa ianya CANTIK!!
Tapi seyes aku kurang sikit puas hati sebab tak cukup kain. 
But semua orang yang datang ingat aku hired orang untuk buat semua nih.


Sila jangan zoom part perut or pinggang.
Nanti aku takut korang jelus.
hahaha.
See, pinggang ramping aku tuh.
Sampai kena kancing tambahan supaya dia tak longgar.
Menunggu rombongan yang tak kunjung tiba.
Dalam dada hanya Allah jek yang tahu.



Masa nih actually aku dah teringat nak buat props iaitu sekeping kertas yang tertulis,
"I'm engaged"
Tapi hambek ko, sibuk sangat sampai terlupa.


Time nih nak kuo duk kat mini pelamin.
Cuak siut.
Sampai aku cakap kat Ibu aku.
"Tak keluar boleh tak?"



Tengok mulut aku.
Membebel pe ntah.


Tengok tuh, semua orang senyum2 tengok aku. 
Malu beb.
Tunduk sebab melintas depan mak mertuaku.
Kerimpingnya aku!


Bila dah duduk depan tuh.
Aku relax sket.
Tapi aku tak keruan jugak.


See, senyuman nenek dia. 
Comel kan.
:)




Nota Cinta:: Nanti aku sambung Part 3 ek. Aku mahu balik. huhuhu. 

Friday, March 25, 2011

Jubah Chiffon Cantik Dekat Sini!!!

Assalamualaikum wbt.


Jubah nikah, erk tak semestinya untuk nikah yer. Untuk pergi dinner pun bleh. Untuk pergi kerja kahwin pun bleh. No hal lah. Cuma saya tertarik dengan Jubah nih untuk di pakai pada hari pernikahan saya. Insya Allah...


Nak tahu dekat mane leh dapat jubah cantik macam kat post saya sebelum nih.

http://ainsyirahcollectiononlineshopping.blogspot.com/2011/02/jubah-kaftan-mac.html

Yang link atas nih jubah dia harga RM 200.00. Tapi cantik-cantik sokmo. Saya jadik rambang mata! Encik Tunang, saya nak yang itu, eh yang ini, yang itu macam cantik sket, bukan yang tuh lagi cantik. Hahaha. Jangan dia malas nak layan saya nanti sudah lah.


http://muslimah-fashionista.blogspot.com/2011/02/pre-order-jubah.html

Yang link atas nih jubah dia RM 150.00. Cantik-cantik jugak. Saya mula confuse nak buat keputusan kaler apa untuk pernikahan. Uwaaaa. Tolong.....



Nota Cinta :: Bila nak beli baju nikah nih Encik Tunang?? :P



credit to GOOGLE

Header Tak Siap TAPI Nak Letak Jugak.

Assalamualaikum wbt.


Header kat atas tuh tak siap lagi. Sebab side yang belah kanan tuh nak letak gambar encik Tunang. Duk pilih-pilih semalam tapi tak da pulak gambar dia yang hensem-hensem. Hehe. Semua gambar muka seyes jek. So, nanti kalau malam nih rajin datang membuak-buak nak godek pulak external hard disk carik gambar dia. Jenuh jugak mencari malam semalam. Sampai mimpi-mimpi kan encik Tunang.




Nota Cinta:: Baru belajar buat transparent header lar katakan. Credit to INTAN dengan tutorial dia yang memang awesome gitu!!

Tuesday, March 22, 2011

Baju Nikah

Assalamualaikum wbt semua.

Walaupun korang tengok tickers kat sebelah tuh ada masa lagi lebih kurang 10 bulan cam tuh (itu anggaran jek tau). Lama lagi kan. Tapi aku tak mahu nanti aku kelam kabut. So, aku planning nak carik baju nikah dulu. Kali nih aku nak baju nikah yng simple aje. Aku ingat nak beli yang dah siap jek. So, aku amik keputusan nak beli Jubah Chiffon. Tapi aku tak bagitahu lagi pun dekat tunang aku. Aku harap dia setuju. Kalau aku beli baju tuh nanti aku bleh pakai lagi untuk apa-apa event kan.


Seperti yang korang tengok kat widget sebelah, tema aku kaler putih + silver + hitam. Aku ingat baju nikah aku nak beli kaler silver. Sebab nanti baju tunang aku pun kaler silver, so, bleh lar pakai untuk raya or pergi solat jumaat. Memang aku tahu ramai orang berpendapat untuk memakai baju nikah kaler putih. Bukan aku tak suka putih, tapi aku cam nak kelainan kot. Seyesly, benda nih aku tak bincang lagi dengan bakal suami aku. Almaklumlah dia sekarang sangat-sangat sibuk.


Aku harap dia okey. Design jubah-jubah tersebut aku dah search. Pe kata kita tengok design yang aku search nih.

Aku minat yang code Grey 5 tuh.
Kalau kurang beads aku leh letak.
Sebab aku suka jahit-jahit beads nih.
Tapi kalau suh jahit baju mintak maaf lar yek.

Tapi kan.
Bila aku tengok yang code Pink 1 @ 5 tuh terus aku tergoda. 
Takkan pink lagi kot. 
huhuhu

Yang atas nih semua harga dia RM150.00



2 2 aku minat.
Ni yang aku tak suka nih.
Nih baru tengok dalam internet.
Belum tengok kat kedai lagi.
Dah meroyan cam nih.
Adui.
Kena tetap pendirian nak kaler pe untuk nikah.
Tak per, nanti aku bincang dengan tunang aku.


uwaaaaaaa.
Kenapa mesti perlu digandingkan dengan warna pink??
Meroyan aku.
Kenapa aku gler pink nih.
Adush.

Aku suka design yang kaler biru purple tuh.
Kalau ade warna pink, erk silap silver kan bagus.

Yang kat atas nih harga dia RM 200.00


Nota Cinta:: Yang mana 1 pilihan hati?? Confius betul. 

Sunday, March 20, 2011

26 Februari 2011........ Bila 2 hati terikat. (part 1)

Assalamualaikum wbt. 


Setelah lebih kurang 11 tahun kami berkawan dan 10 tahun bercinta. Pada tarikh 26 Februari 2011, Sabtu. Kami telah selamat ditunangkan. Lama kan?? Macam mana boleh lama macam tuh? Nak tahu? Ikuti lah blog nih. Akan ada kisah-kisah selanjutnya. 


Mengapa pilih tarikh nih? Entahlah ek. Tak ada sebab. huhu.
So, aku dah malam-malam nih malas sket nak bercerita panjang-panjang berjela. 
Pe kata korang layan gambar-gambar kat bawah nih. 


Cupcake nih aku buat sendiri. Sebab nak tunjuk kepakaran mendesign cupcake.
Tapi fyi, isi dalam dia a.k.a cupcake dalam dia aku tempah.
Memang tak sempat beb nak buat. 
Macam benda masa tuh kena fikir.
Padahal boleh jek buat. 
Aku tempah kat sini. LOYANG KUIH


See, hantaran yang masih bersepah-sepah.
Nasib baik ade bestie aku n akak aku masuk time aku tengah solek.
Dorang tolong aku kemas kan.
Sebab pe bersepah?
Sebab aku takut nak letak kat atas ceper sebab malam sebelum tunang tuh aku dah letak sume siap-siap.
Then aku tidur kat lantai bawah dalam bilik nih. 
Nak lelap mata jek tetibe aku dengar benda jatuh.
Ceh, coklat aku dalam balang abes jatuh ke katil. 
Coklat yang belah kiri sekali tuh.
Bikin geram jek. 
Kena adjust balik.

 Nih gambaran bilik aku.
Semua aku buat sendiri.
Kain-kain tuh aku beli time Jakel ada offer.
Yang offwhite bunga-bunga tuh semeter seringgit jek.
Yang coklat tuh semeter 2 ringgit. 
Kreatif tak aku??
Aku sangat puas hati bila majlis aku, aku buat sendiri.


Hantaran pihak lelaki untuk pihak perempuan.
Kaler gold + coklat gitu.
Cantik.
Lawan dengan aku punya lagi cantik. hehehe
Jangan marah yek future Mak in Law.


Sebelum aku kena potong jari.
Erk, silap.
Sebelum jari aku berisi dengan cincin.
Nervous beb!!
Walau kipas pusing speed 5 aku tetap rasa panas. hahhaha


Nenek pengulam jantung sarung cincin risik.
Nampak tak dah ade cincin kat jari manis? 
hikhik. 
Suka cincin nih. 
Yang tak leh lupa.
Nenek dia cakap cam nih "Cepat-cepat la ek. Sementara atok ada umur lagi nih."
Huhu.
Syahdu.

Yeay!
Cincin tunang dah tersarung kat jari.
Kesian Mak peluh-peluh.
Sori lar mak sebab kipas tak cukup. 
Pape pun mak tetap tersenyum!
Suka sangat mak.


Terima kasih Mak terima saya!
Cehh. Sebenarnya tak habaq gitu pun.
Mak senyum lagi.
Ibu pun time nih mesti tengah senyum!

Tengok, dapat dua sekali taw.
hahaha. (gelak jahat)
Maaf tak jelas.
Nanti aku upload yang photographer rasmi amik ek.
Nih photog tak rasmi.
Terketar-ketar.
Seyes cincin 2 2 nih longgar. 
Nak-nak cincin risik.

Aku suka gambar nih.
Gambar candid.
Cam comel plak.
Dasar masuk troli tolak sendiri lar nih.
Macam muka aku penuh kegembiraan jek.

Mengaminkan doa dalam senyuman!
like it.
Candid lagi.

Terasa macam nikah plak.
Gatai yerk!
Dushh!!
Sibuk jek dia nak duk kat pelamin kita buat nih.
FYI, pelamin nih do it myself.
Simple.
Tapi seyes jatuh cinta dengan ini mini pelamin.
Simple jek tunang aku pakai.
Aku rasa macam aku pulak over.
Eh, tunangkan. Mesti lah perempuan kena over sket.
Bahaha.


Tengok kami.
Belum kahwin dah ada anak. 2 lagi.
Aiyark!!!

Alamak. Gambar Abah in law separuh jek
Sorry Bah. Sila marah photog tu tau Bah.
Bakal keluarga ku.
Kalau family aku suh bergambar memang takkan muat. 



Gambar curik dari FB photographer rasmi.
Yang lain-lain aku upload kemudian.
Aku tak amik lagi sebab photographer sibuk, aku pun sibuk jugak.
Tak boleh blah bila photog suh aku beraksi cam nih.
Nasib baik bestie pengulam jantung.
Dan untuk pengulam jantung jugak.
:P


Nota Cinta:: Macam tak ada part 2 jek. Takpe-takpe. Part-part lain aku cer cite pasal persiapan yang pencarian barang kita orang okies. Adios. Ngantuk deh. Nite.