Friday, April 15, 2011

Who will be my OP??

Assalamualaikum wbt.


Walaupun tarikh tak ada lagi tapi perancangan tetap ade dalam kepala hotak nih. Orang perempuan semestinya nakkan kesempurnaan dalam apa yang di lakukan. Nak-nak kalau perempuan itu adalah saya! Okey, saya memang cerewet.

En Tunang pernah cakap dekat saya. "Ala kalau tak tetap tarikh awal, sebulan dua still boleh buat preparation lagi kan." Saat dia ajukan soalan saya diam sambil menjeling. Haish, dah 10 tahun bercinta takkan tak faham dengan bakal wife dia nih lagi. Adeh. Tak tahu nak cakap macma mana dah.

Alangkan preparation tunang hari tuh makan masa 6 bulan jugak lah. Jap-jap bagi saya kira. Ha, lebih 6 bulan. hehehe. Kan dah cakap betapa cerewet nye anak dara sorang nih. Ibu saya pun dah tahu macam mana cerewetnya saya. Nasib en Tunang lar yer nak melayan kerenah last minit saya nanti. Tulah sape suruh tak mahu prepare awal-awal.


Bakal mak andam saya dah decide. Tinggal nak bagitahu jek bila dah ada tarikh nanti. Tapi bakal official photographer memang tak de langsung dalam kepala hotak saya. Nih saya nak serahkan dekat en Tunang. Pilih lah sendiri supaya dia puas hati. Ikutkan hati mahu sahaja amek Apek cina yang amek gambar time akak saya kahwin dulu. Murah dan cantik. Tapi saya pernah terdengar yang time nikah tak boleh ada non-muslim sebab malaikat payah nak datang nanti. Sejauh mana kesahihannya saya tak tahu. So, kalau u all ada info pasal nih roger-roger la yerk.




Nota Cinta:: Kadang-kadang makan hati berulam jantung dengan perangai dia. Nasib baik bakal suami. Tak pe kau, lepas nikah nanti aku gigit-gigit kau. ops! lalalala~

2 comments:

Tarhata Kiran said...

"time nikah tak boleh ada non-muslim sebab malaikat payah nak datang nanti."

selagi tiada nas atau hadis yang menyatakan demekian, maka jelaslah ianya tidak sahih. malaikat hanya akan meninggalkan kita ketika masuk toilet. jadi jaga2, dia ada dimana sahaja untuk mencatat amalan kita.

kenapa pula malaikat perlu lari kepada orang kafir? malah lebih bagus untuk mengajak orang kafir ke majlis orang Islam agar dapat membuka hati mereka kepada kecantikan amalan Islam. so kita cuba untuk mengamalkan Islam dengan sebaiknya agar orang bukan Islam juga terpikat dengan Islam.

mafhum hadith: Jika seseorang itu diberi hidayah oleh Allah kerana kamu, maka ganjarannya lebih besar dari dunia dan seisinya....

Allahu'alam....

semoga Allah permudahkan urusan Mar and bakal suamni untuk membina masjid. semoga masjid yang bakal dibina itu berasas dari cinta Allah dan menegakkan hukum Allah, maka insyaAllah Allah akan merahmati majlis2 di dalamnya nanti.

wallahu khairul maakirin..

salam sayang dari Bai...

mizzura said...

saya pun sedang marathon cari photographer....

risauuuu...!