Thursday, April 14, 2011

Tarikh Nikah Tak Decide Tapi Tempat HONEYMOON Dah Decide!! Walawei.

Assalamualaikum wbt.


Sangat teruja kami bila dah decide HoneyMOON nak pergi mana. hehehe. Patut nye teruja bila tarikh nikah dah tetap kan. Nih tak. Tempat honeymoon dah tetap tapi tarikh nikahnya entah bila.


Dengan itu rasminya tempat honeymoon kami bukan berdua tapi berenam yang pertama adalah LANGKAWI.


Okey-okey. Kenapa berenam? Mesti u all pelik kan. Saya dan bakal suami + Ibu dengan Abah +  Mak dengan Abah.

Kami dah sepakat nak bawak bonda dan ayahanda masing-masing untuk pergi honeymoon. Setiap pasangan akan ambil satu bilik dan aktiviti masing-masing. For sure, kedua-dua besan nih akan sepakat nak ke mana. Kami? of course la memerap jek dalam bilik. haha. Gila hape honeymoon nak memerap jek dalam bilik. Mampuih jadik jeruk nanti dalam bilik tuh.


Kami ada agenda kami sendiri lah. Maybe tempoh kami bercuti dalam seminggu. So, adalah yang dalam sehari dua kami akan spend bersama-sama pasangan romantik yang lain tuh.


Itu perancangan kami lah. Tak tahu lah nanti kalau last minit dorang tak jadik pergi or pape ke kan. Kan kita merancang segalanya ditentukan Allah. Hope perancangan nih akan berjalan lancar lar.


Murni benar hasrat kami nak tunaikan impian kedua-dua IbuBapa kami. Actually bukan kami rancang nak ke Langkawi. Tapi disebabkan usulan pihak nih, kami jadikan nih first honeymoon kami. Second honeymoon kami of course lar berdua. Tapi tak tahulah kalau masa tuh dah bertukar jadik bertiga. Alhamdulillah.


Nota Cinta:: Tentu seronok kan honeymoon sama-sama dengan romantik couple yang dah lama berkahwin nih. Boleh lah share-share pengalaman dorang kan. hekhek.

2 comments:

mizzura said...

aiyokkk...dah plan honeymoon tu..huhuhu..

parent korang pun 2nd time honeymoon ek..huhuhu..

|Make-Up Artist Tak Mekap Artis Je|

Our Diaries said...

sama ar tempat kite honeymoon