Saturday, October 5, 2013

Nak beli barang baby?

Assalamualaikum wbt..

Anda berminat nak beli barangan baby seperti baju dan seluar?
Sila add facebook saya dengan kata kunci Puan Aqma Nazri.
Di situ harga serendah RM 6.00 anda boleh dapat.





Dan banyak pilihan di FB saya. 

Terima Kasih.
Just a short message!

Monday, July 8, 2013

Lama menyepi?

Assalamualaikum semua...

Lamanya tuan blog menyepi? Nak- nak selepas kahwin. Busy menguruskan rumahtangga dan bisnes. In Sha Allah akan aktif sebelum selepas beberapa perancangan dibuat. Minta-minta tiada apa-apa kekangan la yer.

Blog ini mungkin akan menjadi blog bisnes, resepi dan juga kehidupan rumahtangga. Anak? Belum ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata. In Sha Allah satu hari nanti mungkin. Mohon doa jasa baik kalian yang membaca blog ini agar aku dapat menimang cahaya mata. Amin.

Semoga urusan kita semua dipermudahkan untuk hari ini dan selamanya. Jika ada kesusahan anggap lah satu cabaran buat hidup kita di muka bumi ini.

Akhir sekali, salam ramadhan al mubarak buat seluruh muslimin dan muslimat. Semoga ramadhan kali ini memberi kita 1001 cahaya keberkatan dan keinsafan. Mudahan.

Sehingga kita ketemu lagi.
Assalam.

Thursday, March 29, 2012

Aku dah kahwin!!

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz aku dah selamat bernikah pada 10 Februari 2012 lalu.

Dah lama jugak aku tak upate blog nih. Bersawang tak terkata.

Aku kini isteri kepada suamiku. Pape pun semoga hubungan perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga. Amin....

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, December 11, 2011

61 hari lagi......

Assalamualaikum wbt.

Tengah menghitung hari sekarang nih cik Aqma ye. Sabar jek la. Kalau bertanya pasal preparation pasti saya akan jawab biasa-biasa saje. Sebab pe? Sebab projek (kerja) yang tengah running dan kena capai target untuk hujung tahun ni.

Dengan tidur tak cukup. Makan entah ke mana. Diri yang terurus. Aduhai. Jangan nanti atas pelamin bermata panda sudah lah. Walaupun en tunang cakap comel pe mata panda. Kalau kat panda memang la comel. Tapi kalau kat saya kan tak comel.

Mula-mula memang rasa nak hired wedding planner je tapi saya ni cerewet tahap gila-gila la. Tak sanggup kot nak tengok orang lain prepare untuk majlis saya. Saya nak saya puas hati dengan majlis saya sendiri.


Lagi 61 hari. Sekejap jek 61 hari tuh. Huhuhu. Cuak.......



Nota cinta:: Tak sabar nak solat berjemaah dengan suami.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 31, 2011

100 hari lagi~

Assalamualaikum wbt.




Wah, saya sekarang duk menghitung hari aje. Tapi dalam kepala serabut tak nampak. huh.


100 hari lagi tuh. huh. En. Tunang dah sibuk tanya bila nak pilih kad jemputan dan mak andam. Fuhh. Bila dengar jek dia sibuk-sibuk pasal wedding nih rasa macam lega aje. Sebab sebelum nih dia wat donnow jek. Geram jugak. Masih waras lagi rupanya. hehehe.

Sekarang nih duk sibuk nak siapkan semua D.I.Y yang tertangguh. Kasi angkut semua barang balik rumah sewa. Start bulan 12 da kena balik tiap-tiap minggu untuk siapkan benda yang tertangguh tu. Fuhhh.



Nota Cinta:: Pejam celik, pejam celik sekejap jek kan?? hehe

Monday, October 24, 2011

Bakal Mak Mertua nak datang!

Assalamualaikum wbt.

Berita hebat di Asia!! Bakal Mak Mertua nak datang hujung minggu ni. Sebab apa?? Sebab nak hantar duit belanja & confirm kan tarikh. Huhuhu. Cuak!

Nak kena sediakan makanan ke? Ke buat air aje? Dasar pemalas betul bakal menantu mak nih. Bukan malas ler. Tapi cuma tak cukup masa saje. Alasan!!

Kalau ibu suruh masak kena lar masak. Kalau tak buat air + biskut bodo-bodo aje. Ado ko gitu.


Nota cinta:: Takut sebab tak lama lagi nak kahwin da.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, October 20, 2011

Lama menyepi.

Assalamualaikum wbt.

Lama betul saya tak update blog nih. Bersawang usah cerita. Almaklumlah orabg dah bekerja kan. Lepas tu dok kalut dengan preparation kahwin lagi. Uuh. Letih den.

Alhamdulillah. Dah 50% persiapab kahwin. Walaupun majlis dalam 3 bulan aje. Hope masa tak berlari dengan laju sebab tak terkejar den non. Hujung minggu nih pindah rumah company. So, ada la peluang nak angkut barang hantaran dan buat sikit-sikit lama-lama jadi bukit.



Busy sungguh orang yang bekerja ni kan. Nanti dah kahwin lagi ler busy.



Nota cinta:: belajar update blog pakai phone. Huhu
Published with Blogger-droid v1.7.4