Showing posts with label tema putih silver hitam. Show all posts
Showing posts with label tema putih silver hitam. Show all posts

Monday, October 31, 2011

100 hari lagi~

Assalamualaikum wbt.




Wah, saya sekarang duk menghitung hari aje. Tapi dalam kepala serabut tak nampak. huh.


100 hari lagi tuh. huh. En. Tunang dah sibuk tanya bila nak pilih kad jemputan dan mak andam. Fuhh. Bila dengar jek dia sibuk-sibuk pasal wedding nih rasa macam lega aje. Sebab sebelum nih dia wat donnow jek. Geram jugak. Masih waras lagi rupanya. hehehe.

Sekarang nih duk sibuk nak siapkan semua D.I.Y yang tertangguh. Kasi angkut semua barang balik rumah sewa. Start bulan 12 da kena balik tiap-tiap minggu untuk siapkan benda yang tertangguh tu. Fuhhh.



Nota Cinta:: Pejam celik, pejam celik sekejap jek kan?? hehe

Wednesday, August 10, 2011

Wednesday, July 13, 2011

Baju nikah dah beli!!





Assalamualaikum wbt.

Nak buat pengumuman. hahaha. Baju nikah untuk bride dah beli. huhu. Groom punye lepas raya baru beli. Eh, eh. Sukati lar nak beli lain-lain hari. Ade aku kesah. hehe. 

Ini bukan perancangan sebenarnya. Baju nikah perempuan tuh kebetulan time tuh ade sale. Dah tuh macam sedap aje mata memandang tapi kena alter sikit lar memandang badan tuan punya blog nih susah nak crik baju yang fit kat badan dia. So, bab tuh tak bape kesah sebab ade kakak-kakak yang boleh merepair. Yang paling aku kesah bila harga dia, Mak ai. Murah gilosss. hahha


Dah beli baju of coz ler sekarang duk fikir nak matching2 kan tudung yang macam mana agak nyer. Psssst, aku nak nikah theme ala arab. Ala yang duk tutup-tutup mulut tuh. Eh, ade aku kesah pe orang kampung nak kata. haha. Aku sekarang tengah D.I.Y veil dan alter bunga pahar. ha ko, jimat punya pasal lar nih. hikhik. 


Gubahan hantaran aku dah tak payah fikir lagi dah. Sebab ade orang nak sponsor. Yabedabeduu. Cuma aku kan cerewet tahap cipan. Semestinya aku akan alter sket-sket ikut taste aku. Sori yok.


Nota Cinta:: Kahwen, nikah. Pening beb fikir sampai tak boleh nak tidur. haish. 

Wednesday, April 20, 2011

Semoga Dipermudahkan~

Assalamualaikum wbt.







Saya tak tahu. Saya celaru. Tolong-tolong. Kursus kahwin tak tahu bayang nye nak pergi bila. Ada jugak en Tunang ajak. Tapi macam tak sure. Haish. Kenapa dengan aku nih. En Tunang dah bagi green light ajak kahwin tuh tapi masih dalam keraguan lagi. 


Aku nak buat preparation tapi tak tahu nak start dari mana. Serius, tak tahu start dari mana. Macam serabut jek kat kepala otak nih. Salah satu sebab adalah En. Tunang tak mahu tetap tarikh lagi. Tapi dia dah beria-ia ajak gi kursus kahwin. Tahu! Tak sememangnya kalo dia ajak gi kursus  kahwin nak kahwin cepat. Tapi korang tahu-tahu jeklah orang pompuan nih. Mestilah nak kan kesempurnaan.


Aku tak mahu lagi 2 bulan nak kahwin baru dia nak tetap tarikh. Itu memang nak kene sekeh lar dengan aku. Aku dah cakap kat dia. paling tak pun bagi aku 6 bulan. 6 bulan okeh. Ingat senang ke nak kahwin nih. Preparation perkahwinan satu hal. Lagi satu preparation tuan punya badan nih. hukhuk. Eh, of cos kena prepare. Untuk suami tercinta tuh. 


Dah tuh en. Tunang mcam tak mahu prepare ape-ape pulak. Tapi mak dia kat kampung duk sibuk prepare untuk dia. Duk sibuk jugak tanya tarikh. Dia duk diam and relax jek. Tapi yang buat aku lagi tak faham bila duk sibuk bisik dekat telinga aku yang dia nak kahwin cepat-cepat dengan aku. Weh, aku nak tarikh lorh.

Aku dah bincang dengan en Tunang. Ekceli bukan bincang tapi aku cakap aku nak tarikh sekian-sekian. Dia balas apa, hmmm. Tapi bila orang tany duk plak cakap may be sekian-sekian. Memang bikin aku geram dan nak gigit jek.


Nota Cinta:: Mood kerja tak de sebab dah berbulan-bulan tak confirm-confirm lagi. Haish!

Tuesday, April 5, 2011

Putih Itu Suci

Assalamualaikum wbt.


Yeay! Saya dan Encik Tunang dah decide nak pakai kaler apa dan beli atau sewa baju nikah kami.
Kami (actuali Encik Tunang yang nak sangat) dah sepakat nak pakai baju nikah kaler putih.
Dan bukan baju sewa tapi BELI!! **Encik Tunang yang beli
Ikuti drama sebabak di bawah ini.


"Bie, nikah nanti nak pakai kaler per? Nak beli ke pakai baju Mak Andam jek?" Aku bertanya di dalam kereta on d way untuk dinner.
"Pakai kaler putih lar. Nak pakai pink??" Encik Tunang bagi jawapan lantas menyoalku kembali.
"Eleh, Bie yang tak mahu pakai pink kan. Kalau tak leh aje. Nak beli atau pakai baju Mak Andam?" Dia tak menjawab soalan kedua aku tadi, lantas aku soal lagi.
"Beli lar. Nanti kita pergi beli okey."

Terus aku senyap dan hati berbunga. 
Betul jugak kan, nikah hanya sekali. 
So, decide kaler putih.
Tapi aku nak kaler putih bead kaler grey boleh tak?
Agak-agak Encik Tunang kasi tak?
Nak jugak.
Nak jugak.


Ehem-ehem. Pe lagi, goda dia lagi lar nanti.
Design baju nikah dah banyak dalam tangan cuma tak pilih aje lagi.
Itupun kena tunjuk Encik Tunang dulu.
Ane lar tahu dia tak berkenan nanti.


Nota Cinta:: Tunggu nak beli baju nikah. hehehe. Tunggu Encik Tunang cakap "Jom kita nikah!" erk, silap. "Jom beli baju nikah."

Friday, April 1, 2011

Rekaan Bakal Bilik Pengantin aku!

Assalamualaikum wbt.



Mood aku tengah gatal nak kawen. (T____T)
So, aku pergi tengok bridal-bridal yang kat dalam internet.
Then aku jumpa gambar kat bawah tuh.
Aku ingat bilik pengantin aku nak buat macam tuh.
Oleh sebab Ibu aku tak bagi aku beli katil yang ada 4 tiang tuh, so aku ingat nak buat katil aku macam kat bawah nih.
Aku nak buat sendiri.
Sangat tekad!
Beli kain yang cantik-cantik.
Then suruh Abah aku cari kayu untuk buat rangka dia.
Pasti daBooM la.



Pastuh tangkap gambar macam nih. 
Sweet gitu.

Hohohoho.
Gatai nyer!!!


Nota Cinta :: Mood nak kawen sila lari jauh-jauh. Nanti buat keje semua tak jadi. :)

Tuesday, March 22, 2011

Baju Nikah

Assalamualaikum wbt semua.

Walaupun korang tengok tickers kat sebelah tuh ada masa lagi lebih kurang 10 bulan cam tuh (itu anggaran jek tau). Lama lagi kan. Tapi aku tak mahu nanti aku kelam kabut. So, aku planning nak carik baju nikah dulu. Kali nih aku nak baju nikah yng simple aje. Aku ingat nak beli yang dah siap jek. So, aku amik keputusan nak beli Jubah Chiffon. Tapi aku tak bagitahu lagi pun dekat tunang aku. Aku harap dia setuju. Kalau aku beli baju tuh nanti aku bleh pakai lagi untuk apa-apa event kan.


Seperti yang korang tengok kat widget sebelah, tema aku kaler putih + silver + hitam. Aku ingat baju nikah aku nak beli kaler silver. Sebab nanti baju tunang aku pun kaler silver, so, bleh lar pakai untuk raya or pergi solat jumaat. Memang aku tahu ramai orang berpendapat untuk memakai baju nikah kaler putih. Bukan aku tak suka putih, tapi aku cam nak kelainan kot. Seyesly, benda nih aku tak bincang lagi dengan bakal suami aku. Almaklumlah dia sekarang sangat-sangat sibuk.


Aku harap dia okey. Design jubah-jubah tersebut aku dah search. Pe kata kita tengok design yang aku search nih.

Aku minat yang code Grey 5 tuh.
Kalau kurang beads aku leh letak.
Sebab aku suka jahit-jahit beads nih.
Tapi kalau suh jahit baju mintak maaf lar yek.

Tapi kan.
Bila aku tengok yang code Pink 1 @ 5 tuh terus aku tergoda. 
Takkan pink lagi kot. 
huhuhu

Yang atas nih semua harga dia RM150.00



2 2 aku minat.
Ni yang aku tak suka nih.
Nih baru tengok dalam internet.
Belum tengok kat kedai lagi.
Dah meroyan cam nih.
Adui.
Kena tetap pendirian nak kaler pe untuk nikah.
Tak per, nanti aku bincang dengan tunang aku.


uwaaaaaaa.
Kenapa mesti perlu digandingkan dengan warna pink??
Meroyan aku.
Kenapa aku gler pink nih.
Adush.

Aku suka design yang kaler biru purple tuh.
Kalau ade warna pink, erk silap silver kan bagus.

Yang kat atas nih harga dia RM 200.00


Nota Cinta:: Yang mana 1 pilihan hati?? Confius betul.