Monday, April 25, 2011

Buat adik Safiya ku sayang~

Assalamualaikum wbt.


Entri ini khas untuk insan yang bernama Safiya yang bakal menamatkan zaman bujangnya dalam 5 hari lagi. Wow. Nervous. Aku pulak yang nervous. Bakal pengantin nih relax jek. Aku suka cara dia. Actually dia muda lagi dari aku tapi sangat bertuah bila dapat kahwin dulu dari aku. huhuhu.


Safiya nih sorang yang perangai gila-gila, sempoi dan paling penting dia tak peduli apa orang cakap. Wah, tabik aku kat dia. Yelah, kalo macam aku nih, orang cakap sikit jek aku dah fikir ke laut. Ish, ish, ish,


Safiya bakal melangsungkan perkahwinannya pada 30 April 2011 nih. Sori dik tak dapat pergi, sob, sob, sob. Seyes, superb tengok persiapan adik safiya nih. Walau simple jek tapi macam meriah. Aku pun tengah nak try buat apa yang dia buat. Yang penting bersederhana.


Nih kakak mu nak bagi nasihat sikit. Ehem-ehem. Nasihat dari orang tua-tua. Erk, i belum tua okey. Cuma sampaikan apa yang orang tua selalu cakap jek. :P

1. Adik Safiya, ingat lah tanggungjawab sebagai seorang isteri, dulu bujang aka seorang, tapi nanti akan hadir seorang lelaki bernama suami dalam hidup adik. So, banyak sangat perubahan yang akan berlaku. Dulu tidur sorang, sekarang berteman. Dulu basuh baju sendiri, sekarang kena basuh baju suami. Dulu masak cincai untuk diri sendiri, sekarang kena masak untuk suami. Dulu nak kemana tak payah tanya sesapa, sekarang nak keluar sidai baju pun kena tanya suami. Dulu tak ada priority, sekarang priority adalah suami. :)

2. Hope adik Safiya akan mendengar cakap Adli (bakal suami Safiya). If boleh jangan melawan kerana sekarang syurga adik di bawah telapak kaki suami. **sigh**

3. Hope adik dapat membahagikan masa dengan suami juga pelajaran adik.

4. Jangan pernah peduli dengan kata-kata luar yang nak manjatuhkan rumahtangga adik. Berdiam sahaja sudah cukup untuk menyelamatkan rumahtangga adik Safiya.

5. Jaga makan, minum dan pakaian nya kerana itulah tanggungjawab seorang isteri.

6. Jaga nama baik suami, maruah suami, harta suami, hal-hal rumahtangga tak perlu diceritakan kepada orang lain, dan yang paling penting rahsia-rahsia antara suami isteri dipegang erat.

7. Jangan pernah berubah hati untuk suami. Kerana pada akak suami nih tulang belakang kita. Sesungguhnya sesuatu hubungan yang sangat seronok apabila pasangan telah di ijabkabulkan. Amin.

8. Jaga pergaulan dan pakaian adik. Kerana setiap dosa itu akan jatuh pada suami. Jadi sebagai isteri janganlah membebankan suami.


Setakat nih itu saja pesan akak. (sambil ambil tisu lap airmata gembira + sedih). Akak minta maaf kalau segala nasihat ini macam melampau. :)

Jaga diri bebaik ye sayang. Hope one day akak dapat jumpe adik. Teringin sangat nak jumpa kamu!! sobsobsob.

owh, sori, dah tak leh nak taip lagi dah.

Nota Cinta:: Rasulullah bersabda "Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada"


kamu sangat comel!
Sori dik akak amik pic kamu.
:(

1 comment:

safiyyah osman said...

serius nangis!tq so much akak...jgn minta maaf...akak xpnah buat salah pun...

tq akak sbb ada niat nasihat dan ingatkan saya...tak pernah tpikir pun akakn ada orang buat macm ni dkat saya..yala..sya kan cara menulis kasar..kbyakan org tak suka.

tq so much akak...aduh!sumpah terharu gila baca...baru dkat fb paksa akak dtg kenduri saya..hehehe

tq so much akak...tak tau nak ckp apa...T____T

serius tak pernah terpikir ada org nasihat dan ingatkan mcmni...

tq so much akak.ada rezeki kita jumpa.kita doa sama2 kak...moga rezeki kita murah bleh jumpa...:)

tq so much tau!

good luck untuk akak..
semoga semuanya lancar.amin.