Friday, April 29, 2011

Barang Tunang! (Part 4)

Assalamualaikum WBT.

Cerita pasal pertunangan lagi? Masih tak lapuk okey. Nak cerita jugak. :p Kali nih nak cerita pasal barang tunang aku untuk encik Tunang. Kami dah sepakat nak buat 9 balas 11. Tak lebih tak kurang. Aku sangat-sangat strict hal nih. Tak tahu lar kenapa. Mungkin sebab aku tak nak hantaran tuh nampak janggal kot.


1:: Belt & Wallet
-Beli time Parkson sale dekat KL, time tuh sale raya cina tak silap.
-Murah gila-gila harga dia. Harga?? Rahsia!


2:: Samping
-Ini samping bukan setanjak ye. Aku request dekat angah aku buat dia jadik setanjak.
-Nih pandangan belakang. 


3:: Jam Tangan
-Actualli jam nih aku dah beli untuk hadiah hari jadi dia, pastuh kalo beli sepasang lagi murah. So, timbullah idea untuk di jadikan barang hantaran.



4:: Baju Satin dah siap jahit.
-Baju nih dibeli sama-sama dengan baju yang aku pakai masa E-day aku.
-Sebab time tuh Jakel tengah buat offer, so aku grab jek la.


5:: Puding @Jelly
-Nih pemberian bestie aku.
-Dia nak selit 1 dulang hantaran coz time dia tunang aku ada bagi cupcake.

6:: Coklat!
(I love Chocolate!)
-Coklat nih gigih beli kat semua pasaraya. hahaha
-Nak cari coklat yang panjang tuh sampul dengan emas tak jumpa langsung. hampeh


7:: Pisang fake!
-Actually bukan ini yg planning, planning nk bgi telur rebus but ade sumone datang n gtau tak elok bagi telur time tunang. still sampai sekarang tak tahu kenapa. Y????
-Buat pengetahuan semua ini adalah Jelly mangga yang saya gubah untuk jadi macam pisang setandan.


8:: Cake last minit.
-Masa nih memang nak bagi kek, tapi di sebab kek lapis sarawak yang di tempah tuh macam tak sesuai untuk letak kat dalam sangkar buatan nih. Tetibe my aunt depan rumah bagi kek nih, so ibu terus cakap pakai kek nih jek lah dik sebab macam sesuai. Lagipun my aunt bagi 3 bijik kek nih. Yang lain-lain untuk tetamu lar.


9:: Cupcake buatan sendiri.
-aku suka buat cupcake. Sesape nak tempah boleh emel saya yer. pu3_ma@yahoo.com (area Muar, Johor sahaja)


10:: Fruity
-Yang nih my sis sponsor. Bakul dia comel jek.
-Ada gak Mak (bakal MIL) tanya nak balik tak bakul tuh kalo nak amik lar. kalo ikutkan hati memang nak balik tapi malu beb!

11:: Sirih Junjung
-Actually sirih junjung nih baru lepas jatuh. Nih OP lar nih punya keje. Patuh salah kan aku sebab dia rasa macam sirih junjung aku berat sebelah. haish.
-Nih aku yang buat. Aku tibai buat sebab dah ketandusan idea. seyes! Tak cantik! nyesal~




Inilah dia cerita barang-barang aku untuk buah hati pengulam jantung aku. 
Secara purata pencarian barang-barang nih semua makan masa setahun. Iye! Setahun.
Sebelum kami betul-betul ada tarikh untuk bertunang. 
Lagipun sekarang nih pun sibuk buat preparation untuk perkahwinan.
Sape-sape yang korang rasa 8 bulan itu lama lagi tapi tidak bagi aku.
Aku rasa macam 8 bulan tuh pejam celik pejam celik jek dah sampai tarikh dia. 


Nota Cinta:: Mahu buat yang terbaik untuk BIgGest Day!!


jelingan manja!








Wednesday, April 27, 2011

Rabu Yang Blues & Romantik!

Assalamualaikum WBT.


Wednesday is blues day for TODAY and ME!!!

6.20 a.m. - Teet, teet, teet (bunyi mesej kat tipon). Lemah longlai sambil bagai nak menyumpah seranah (sebenarnya dah tahu sape anto mesej sebab fon sony kan leh tetapkan ringtone mesej untuk orang tertentu). 
Mesej dari encik Tunang.....

Mesej cinta di pagi buta. Aiyark. (Tak leh ler gtau pe yang di tulis, nanti maunyer ada orang termuntah plak.)

Seminit kemudian, teet,teet,teet, mesej cintan cintun lagi. Hanya baca sekali then pap tutup hanpon sambung tido.

Selang seminit kemudian, teet,teet,teet, mesej cintan lagi. Aiyoo, ini encik Tunang ajak layan jiwang dia pepagi buta pulak. Demam ke ape? hahaha.

Selang seminit lagi, teet,teet,teet, of coz mesej cintun lagi tapi aku biarkan tanpa membukanya.

Selang seminit lagi, teet,teet,teet, aduyai, udah-udah ler. Aku gagahkan jugak nak membaca mesej. Mesej terakhir adalah pesanan untuk suruh kejut pada pukul 11 pagi. Aiyark, ini lah jadinya bila orang keje malam balik subuh-subuh. Hey sayang, bercintan cintun tak kena masa lar you nih. 

Memang mesej dia satu pun tak di balas. Boleh plak tuh anto mesej cintan sampai 4 kali. Dah ler penuh 1 page. Pepagi nih masuk keje baru baca balik per mesej yang encik Tunang bagi. Hohoho. Senyum-senyum beb. lalalala~



Dah kejut encik Tunang bangun pukul 11.00 pagi sebanyak 3 4 kali call. Dia nih jenis liat sangat nak bangun. hahaha. Kata orang tapi aku pun sama. Dia cakap yelah dia bangun mandi then nak siap-siap pergi keje. 

Lepas tuh aku dapat mesej jiwang lagi. Adeh. Memang blues and romantic wednesday lar hari nih. TERBAEK!!!


Nota Cinta:: Selalu bercintan cintun geli geleman gak. Tapi kalau sekali sekala macam nih baru okey. Tapi biar ler kena pada masa dan tempatnya yerk. 

Tuesday, April 26, 2011

First D.I.Y yang akan bakal pengantin ini buat!

Assalamualaikum wbt.


DIY- Do It Yourself  ATAU dalam bahasa melayu nya adalah "Buatlah Sendiri!". Erk, macam kasar jek bunyi nyer. huuhhu.


Actually kurang semangat sikit nak start buat D.I.Y untuk perkahwinan sendiri nih. Entah lar tak tahu ngapain. Mungkin sebab rasa macam lama lagi kot.

Then tadi jenjalan kaki dekat blog-blog b2b ternampak lar DIY yang macam seronok gitu untuk dibuat. DIY bunga POPPY. Seyes terus tertarik dan rasa macam balik keje nih terus nak carik material dia. hehehe. May be bukan balik kerja nih kot. Tunggu My Mum datang sini then baru keluar untuk cari peralatan. Sekarang tengah fikir bunga poppy tuh nak buat ape. Tapi rasa-rasa macam dah ada idea nak letak untuk apa.


Cantik kan bunga macam nih.
Simple aje.
Erk, rasa macam boleh buat bisnes nih.
Adeh, otak bisnes betullah ini budak. 

Rasa nak buat bunga poppy nih kaler black n white, black n grey, dan white n grey!


Nak tahu kat mana?
Sila terjah kat sini 

Terima kasih Rilla coz bagi a such wonderful DIY idea.


Nota Cinta:: Semangat nak buat bunga nih. Oyeah!!!

Monday, April 25, 2011

Buat adik Safiya ku sayang~

Assalamualaikum wbt.


Entri ini khas untuk insan yang bernama Safiya yang bakal menamatkan zaman bujangnya dalam 5 hari lagi. Wow. Nervous. Aku pulak yang nervous. Bakal pengantin nih relax jek. Aku suka cara dia. Actually dia muda lagi dari aku tapi sangat bertuah bila dapat kahwin dulu dari aku. huhuhu.


Safiya nih sorang yang perangai gila-gila, sempoi dan paling penting dia tak peduli apa orang cakap. Wah, tabik aku kat dia. Yelah, kalo macam aku nih, orang cakap sikit jek aku dah fikir ke laut. Ish, ish, ish,


Safiya bakal melangsungkan perkahwinannya pada 30 April 2011 nih. Sori dik tak dapat pergi, sob, sob, sob. Seyes, superb tengok persiapan adik safiya nih. Walau simple jek tapi macam meriah. Aku pun tengah nak try buat apa yang dia buat. Yang penting bersederhana.


Nih kakak mu nak bagi nasihat sikit. Ehem-ehem. Nasihat dari orang tua-tua. Erk, i belum tua okey. Cuma sampaikan apa yang orang tua selalu cakap jek. :P

1. Adik Safiya, ingat lah tanggungjawab sebagai seorang isteri, dulu bujang aka seorang, tapi nanti akan hadir seorang lelaki bernama suami dalam hidup adik. So, banyak sangat perubahan yang akan berlaku. Dulu tidur sorang, sekarang berteman. Dulu basuh baju sendiri, sekarang kena basuh baju suami. Dulu masak cincai untuk diri sendiri, sekarang kena masak untuk suami. Dulu nak kemana tak payah tanya sesapa, sekarang nak keluar sidai baju pun kena tanya suami. Dulu tak ada priority, sekarang priority adalah suami. :)

2. Hope adik Safiya akan mendengar cakap Adli (bakal suami Safiya). If boleh jangan melawan kerana sekarang syurga adik di bawah telapak kaki suami. **sigh**

3. Hope adik dapat membahagikan masa dengan suami juga pelajaran adik.

4. Jangan pernah peduli dengan kata-kata luar yang nak manjatuhkan rumahtangga adik. Berdiam sahaja sudah cukup untuk menyelamatkan rumahtangga adik Safiya.

5. Jaga makan, minum dan pakaian nya kerana itulah tanggungjawab seorang isteri.

6. Jaga nama baik suami, maruah suami, harta suami, hal-hal rumahtangga tak perlu diceritakan kepada orang lain, dan yang paling penting rahsia-rahsia antara suami isteri dipegang erat.

7. Jangan pernah berubah hati untuk suami. Kerana pada akak suami nih tulang belakang kita. Sesungguhnya sesuatu hubungan yang sangat seronok apabila pasangan telah di ijabkabulkan. Amin.

8. Jaga pergaulan dan pakaian adik. Kerana setiap dosa itu akan jatuh pada suami. Jadi sebagai isteri janganlah membebankan suami.


Setakat nih itu saja pesan akak. (sambil ambil tisu lap airmata gembira + sedih). Akak minta maaf kalau segala nasihat ini macam melampau. :)

Jaga diri bebaik ye sayang. Hope one day akak dapat jumpe adik. Teringin sangat nak jumpa kamu!! sobsobsob.

owh, sori, dah tak leh nak taip lagi dah.

Nota Cinta:: Rasulullah bersabda "Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada"


kamu sangat comel!
Sori dik akak amik pic kamu.
:(

Wednesday, April 20, 2011

Semoga Dipermudahkan~

Assalamualaikum wbt.







Saya tak tahu. Saya celaru. Tolong-tolong. Kursus kahwin tak tahu bayang nye nak pergi bila. Ada jugak en Tunang ajak. Tapi macam tak sure. Haish. Kenapa dengan aku nih. En Tunang dah bagi green light ajak kahwin tuh tapi masih dalam keraguan lagi. 


Aku nak buat preparation tapi tak tahu nak start dari mana. Serius, tak tahu start dari mana. Macam serabut jek kat kepala otak nih. Salah satu sebab adalah En. Tunang tak mahu tetap tarikh lagi. Tapi dia dah beria-ia ajak gi kursus kahwin. Tahu! Tak sememangnya kalo dia ajak gi kursus  kahwin nak kahwin cepat. Tapi korang tahu-tahu jeklah orang pompuan nih. Mestilah nak kan kesempurnaan.


Aku tak mahu lagi 2 bulan nak kahwin baru dia nak tetap tarikh. Itu memang nak kene sekeh lar dengan aku. Aku dah cakap kat dia. paling tak pun bagi aku 6 bulan. 6 bulan okeh. Ingat senang ke nak kahwin nih. Preparation perkahwinan satu hal. Lagi satu preparation tuan punya badan nih. hukhuk. Eh, of cos kena prepare. Untuk suami tercinta tuh. 


Dah tuh en. Tunang mcam tak mahu prepare ape-ape pulak. Tapi mak dia kat kampung duk sibuk prepare untuk dia. Duk sibuk jugak tanya tarikh. Dia duk diam and relax jek. Tapi yang buat aku lagi tak faham bila duk sibuk bisik dekat telinga aku yang dia nak kahwin cepat-cepat dengan aku. Weh, aku nak tarikh lorh.

Aku dah bincang dengan en Tunang. Ekceli bukan bincang tapi aku cakap aku nak tarikh sekian-sekian. Dia balas apa, hmmm. Tapi bila orang tany duk plak cakap may be sekian-sekian. Memang bikin aku geram dan nak gigit jek.


Nota Cinta:: Mood kerja tak de sebab dah berbulan-bulan tak confirm-confirm lagi. Haish!

Friday, April 15, 2011

Who will be my OP??

Assalamualaikum wbt.


Walaupun tarikh tak ada lagi tapi perancangan tetap ade dalam kepala hotak nih. Orang perempuan semestinya nakkan kesempurnaan dalam apa yang di lakukan. Nak-nak kalau perempuan itu adalah saya! Okey, saya memang cerewet.

En Tunang pernah cakap dekat saya. "Ala kalau tak tetap tarikh awal, sebulan dua still boleh buat preparation lagi kan." Saat dia ajukan soalan saya diam sambil menjeling. Haish, dah 10 tahun bercinta takkan tak faham dengan bakal wife dia nih lagi. Adeh. Tak tahu nak cakap macma mana dah.

Alangkan preparation tunang hari tuh makan masa 6 bulan jugak lah. Jap-jap bagi saya kira. Ha, lebih 6 bulan. hehehe. Kan dah cakap betapa cerewet nye anak dara sorang nih. Ibu saya pun dah tahu macam mana cerewetnya saya. Nasib en Tunang lar yer nak melayan kerenah last minit saya nanti. Tulah sape suruh tak mahu prepare awal-awal.


Bakal mak andam saya dah decide. Tinggal nak bagitahu jek bila dah ada tarikh nanti. Tapi bakal official photographer memang tak de langsung dalam kepala hotak saya. Nih saya nak serahkan dekat en Tunang. Pilih lah sendiri supaya dia puas hati. Ikutkan hati mahu sahaja amek Apek cina yang amek gambar time akak saya kahwin dulu. Murah dan cantik. Tapi saya pernah terdengar yang time nikah tak boleh ada non-muslim sebab malaikat payah nak datang nanti. Sejauh mana kesahihannya saya tak tahu. So, kalau u all ada info pasal nih roger-roger la yerk.




Nota Cinta:: Kadang-kadang makan hati berulam jantung dengan perangai dia. Nasib baik bakal suami. Tak pe kau, lepas nikah nanti aku gigit-gigit kau. ops! lalalala~

Thursday, April 14, 2011

Tarikh Nikah Tak Decide Tapi Tempat HONEYMOON Dah Decide!! Walawei.

Assalamualaikum wbt.


Sangat teruja kami bila dah decide HoneyMOON nak pergi mana. hehehe. Patut nye teruja bila tarikh nikah dah tetap kan. Nih tak. Tempat honeymoon dah tetap tapi tarikh nikahnya entah bila.


Dengan itu rasminya tempat honeymoon kami bukan berdua tapi berenam yang pertama adalah LANGKAWI.


Okey-okey. Kenapa berenam? Mesti u all pelik kan. Saya dan bakal suami + Ibu dengan Abah +  Mak dengan Abah.

Kami dah sepakat nak bawak bonda dan ayahanda masing-masing untuk pergi honeymoon. Setiap pasangan akan ambil satu bilik dan aktiviti masing-masing. For sure, kedua-dua besan nih akan sepakat nak ke mana. Kami? of course la memerap jek dalam bilik. haha. Gila hape honeymoon nak memerap jek dalam bilik. Mampuih jadik jeruk nanti dalam bilik tuh.


Kami ada agenda kami sendiri lah. Maybe tempoh kami bercuti dalam seminggu. So, adalah yang dalam sehari dua kami akan spend bersama-sama pasangan romantik yang lain tuh.


Itu perancangan kami lah. Tak tahu lah nanti kalau last minit dorang tak jadik pergi or pape ke kan. Kan kita merancang segalanya ditentukan Allah. Hope perancangan nih akan berjalan lancar lar.


Murni benar hasrat kami nak tunaikan impian kedua-dua IbuBapa kami. Actually bukan kami rancang nak ke Langkawi. Tapi disebabkan usulan pihak nih, kami jadikan nih first honeymoon kami. Second honeymoon kami of course lar berdua. Tapi tak tahulah kalau masa tuh dah bertukar jadik bertiga. Alhamdulillah.


Nota Cinta:: Tentu seronok kan honeymoon sama-sama dengan romantik couple yang dah lama berkahwin nih. Boleh lah share-share pengalaman dorang kan. hekhek.

Saturday, April 9, 2011

Saya Cayang En. Tunang!

Assalamualaikum wbt.


Sape sayang tunang sendiri sila balas komen kat bawah nih. Kalau korang baca tapi korang tak tinggal komen maknanye korang masih blur-blur dengan tunang korang. Hahahaha kEJAm!



Meh ramai-ramai kat sini cakap saya sayang sama tunang saya!!!! Dengan jiwa, hati yang perasaan yang berbunga-bunga. Jiwang!!






SAYA
SAYANG
SANGAT
SANGAT
SANGAT
TUNANG
SAYA!!!




Nota Cinta:: mood terbaik!

Thursday, April 7, 2011

Edisi Tunang Lagi (Part 3)

Assalamualaikum wbt.

Awok-awok semua pe kabo? Mike dah sarapan? Sarapan per? Haish. Inilah akibat penangan Usop Wilcha.

Okey lah. kali nih aku semangat nak sambung part 3. Owh, seyesly aku masih terasa lagi bahang-bahang masa hari pertunangan aku tuh. Walau dah sebulan lebih. Tapi masih ade lagi kat ingatan aku nih. Hari yang memang tak boleh lupa lar.

Aku sambung dari gambar-gambar yang ada kat part 2. Nak tahu pe yang ada kat part 2 KLIK SINI.


Time nih nenek dia konfius nak masuk cinsin kat jari mana.
Kiri ke kanan?
Sebab nenek dia sarung cincin merisik so masuk jari kiri lar.


Fokus dekat sikit.
You all perasan tak?
Jari aku basah.
Well, aku memang jenis wethand. 
Nak buek guano.


Dah dapat cincin of course lar kena salam. 
Enjoice.
Senyum sikit. 


Tak cukup 1.
Nak satu lagi. 
hehehe.


Yeay. 
Dapat lagi 1.
hihihi.


Encik Tunang, sila teka apa your mum cakap.
Biarlah rahsia.


Ku buat muka ketat.
Padahal muka lega macam baru lepas berak sembelit. 


Yeay.
Dapat dua cincin.
Show off sikit.
Sikit jek.
:P

Nih aku kasi close up sikit gambar kedua-dua cincin aku.
Kasi korang puas hati.
Ada sesape rasa cincin dia mirip-mirip macam aku sila tinggalkan komen yek. 


psst~ doa ape tuh Encik tunang?
Doa cepat-cepat kahwin yek?
hikhikhik.


Nih bakal anak sedara aku.
Comel gila beb.
Geram aku tengok.
Nasib baik dia cool jek time aku amek dari Uda (bakal abang ipar aku).
Pastuh apa lagi, snap-snap pic lar dengan dia.
Request dengan Encik tunang mahu baby comel cenggini.

My Fiance yang mintak permission untuk berangkat pulang.
I love U ketat-ketat!!!


Mak Ndak, Zahirin nak balik.
Comel sangat la ini budak. 
Geram!


Encik Tunang mahu balik sudah. 
Tapi petang nanti dia akan datang balik untuk capture outdoor.
Bye-bye Encik Tunang.


Nota Cinta:: Sedang bahagia untuk meniti ke alam perkahwinan plak.Nantikan part 4 untuk senarai barang hantaran kite orang. Thanks all.

Tuesday, April 5, 2011

Putih Itu Suci

Assalamualaikum wbt.


Yeay! Saya dan Encik Tunang dah decide nak pakai kaler apa dan beli atau sewa baju nikah kami.
Kami (actuali Encik Tunang yang nak sangat) dah sepakat nak pakai baju nikah kaler putih.
Dan bukan baju sewa tapi BELI!! **Encik Tunang yang beli
Ikuti drama sebabak di bawah ini.


"Bie, nikah nanti nak pakai kaler per? Nak beli ke pakai baju Mak Andam jek?" Aku bertanya di dalam kereta on d way untuk dinner.
"Pakai kaler putih lar. Nak pakai pink??" Encik Tunang bagi jawapan lantas menyoalku kembali.
"Eleh, Bie yang tak mahu pakai pink kan. Kalau tak leh aje. Nak beli atau pakai baju Mak Andam?" Dia tak menjawab soalan kedua aku tadi, lantas aku soal lagi.
"Beli lar. Nanti kita pergi beli okey."

Terus aku senyap dan hati berbunga. 
Betul jugak kan, nikah hanya sekali. 
So, decide kaler putih.
Tapi aku nak kaler putih bead kaler grey boleh tak?
Agak-agak Encik Tunang kasi tak?
Nak jugak.
Nak jugak.


Ehem-ehem. Pe lagi, goda dia lagi lar nanti.
Design baju nikah dah banyak dalam tangan cuma tak pilih aje lagi.
Itupun kena tunjuk Encik Tunang dulu.
Ane lar tahu dia tak berkenan nanti.


Nota Cinta:: Tunggu nak beli baju nikah. hehehe. Tunggu Encik Tunang cakap "Jom kita nikah!" erk, silap. "Jom beli baju nikah."

Friday, April 1, 2011

Rekaan Bakal Bilik Pengantin aku!

Assalamualaikum wbt.



Mood aku tengah gatal nak kawen. (T____T)
So, aku pergi tengok bridal-bridal yang kat dalam internet.
Then aku jumpa gambar kat bawah tuh.
Aku ingat bilik pengantin aku nak buat macam tuh.
Oleh sebab Ibu aku tak bagi aku beli katil yang ada 4 tiang tuh, so aku ingat nak buat katil aku macam kat bawah nih.
Aku nak buat sendiri.
Sangat tekad!
Beli kain yang cantik-cantik.
Then suruh Abah aku cari kayu untuk buat rangka dia.
Pasti daBooM la.



Pastuh tangkap gambar macam nih. 
Sweet gitu.

Hohohoho.
Gatai nyer!!!


Nota Cinta :: Mood nak kawen sila lari jauh-jauh. Nanti buat keje semua tak jadi. :)