Assalamualaikum wbt.
Setelah lebih kurang 11 tahun kami berkawan dan 10 tahun bercinta. Pada tarikh 26 Februari 2011, Sabtu. Kami telah selamat ditunangkan. Lama kan?? Macam mana boleh lama macam tuh? Nak tahu? Ikuti lah blog nih. Akan ada kisah-kisah selanjutnya.
Mengapa pilih tarikh nih? Entahlah ek. Tak ada sebab. huhu.
So, aku dah malam-malam nih malas sket nak bercerita panjang-panjang berjela.
Pe kata korang layan gambar-gambar kat bawah nih.
Cupcake nih aku buat sendiri. Sebab nak tunjuk kepakaran mendesign cupcake.
Tapi fyi, isi dalam dia a.k.a cupcake dalam dia aku tempah.
Memang tak sempat beb nak buat.
Macam benda masa tuh kena fikir.
Padahal boleh jek buat.
See, hantaran yang masih bersepah-sepah.
Nasib baik ade bestie aku n akak aku masuk time aku tengah solek.
Dorang tolong aku kemas kan.
Sebab pe bersepah?
Sebab aku takut nak letak kat atas ceper sebab malam sebelum tunang tuh aku dah letak sume siap-siap.
Then aku tidur kat lantai bawah dalam bilik nih.
Nak lelap mata jek tetibe aku dengar benda jatuh.
Ceh, coklat aku dalam balang abes jatuh ke katil.
Coklat yang belah kiri sekali tuh.
Bikin geram jek.
Kena adjust balik.
Nih gambaran bilik aku.
Semua aku buat sendiri.
Kain-kain tuh aku beli time Jakel ada offer.
Yang offwhite bunga-bunga tuh semeter seringgit jek.
Yang coklat tuh semeter 2 ringgit.
Kreatif tak aku??
Aku sangat puas hati bila majlis aku, aku buat sendiri.
Hantaran pihak lelaki untuk pihak perempuan.
Kaler gold + coklat gitu.
Cantik.
Lawan dengan aku punya lagi cantik. hehehe
Jangan marah yek future Mak in Law.
Sebelum aku kena potong jari.
Erk, silap.
Sebelum jari aku berisi dengan cincin.
Nervous beb!!
Walau kipas pusing speed 5 aku tetap rasa panas. hahhaha
Nenek pengulam jantung sarung cincin risik.
Nampak tak dah ade cincin kat jari manis?
hikhik.
Suka cincin nih.
Yang tak leh lupa.
Nenek dia cakap cam nih "Cepat-cepat la ek. Sementara atok ada umur lagi nih."
Huhu.
Syahdu.
Yeay!
Cincin tunang dah tersarung kat jari.
Kesian Mak peluh-peluh.
Sori lar mak sebab kipas tak cukup.
Pape pun mak tetap tersenyum!
Suka sangat mak.
Terima kasih Mak terima saya!
Cehh. Sebenarnya tak habaq gitu pun.
Mak senyum lagi.
Ibu pun time nih mesti tengah senyum!
Tengok, dapat dua sekali taw.
hahaha. (gelak jahat)
Maaf tak jelas.
Nanti aku upload yang photographer rasmi amik ek.
Nih photog tak rasmi.
Terketar-ketar.
Seyes cincin 2 2 nih longgar.
Nak-nak cincin risik.
Aku suka gambar nih.
Gambar candid.
Cam comel plak.
Dasar masuk troli tolak sendiri lar nih.
Macam muka aku penuh kegembiraan jek.
Mengaminkan doa dalam senyuman!
like it.
Candid lagi.
Terasa macam nikah plak.
Gatai yerk!
Dushh!!
Sibuk jek dia nak duk kat pelamin kita buat nih.
FYI, pelamin nih do it myself.
Simple.
Tapi seyes jatuh cinta dengan ini mini pelamin.
Simple jek tunang aku pakai.
Aku rasa macam aku pulak over.
Eh, tunangkan. Mesti lah perempuan kena over sket.
Bahaha.
Tengok kami.
Belum kahwin dah ada anak. 2 lagi.
Aiyark!!!
Alamak. Gambar Abah in law separuh jek
Sorry Bah. Sila marah photog tu tau Bah.
Bakal keluarga ku.
Kalau family aku suh bergambar memang takkan muat.
Gambar curik dari FB photographer rasmi.
Yang lain-lain aku upload kemudian.
Aku tak amik lagi sebab photographer sibuk, aku pun sibuk jugak.
Tak boleh blah bila photog suh aku beraksi cam nih.
Nasib baik bestie pengulam jantung.
Dan untuk pengulam jantung jugak.
:P
Nota Cinta:: Macam tak ada part 2 jek. Takpe-takpe. Part-part lain aku cer cite pasal persiapan yang pencarian barang kita orang okies. Adios. Ngantuk deh. Nite.